Apostolic Prophetic Insight On Sabah
Thursday, September 10, 2009
, Posted by secretary at 8:28 AM
Kota Kinabalu: Apostolic Prophetic Insight On Sabah- Land below the wind. Winds speak of multi-dimensional change . Pernyataan Kerasulan dan kenabian bagi negeri Sabah- negeri di bawah bayu.Angin bercakap mengenai perubahan dalam berbagai dimensi.
Puji Tuhan kerana kebaktian Profetik dan Apostolik bersama dengan pastor Henry K Pillai berlangsung dengan lancar dan umat Tuhan di Kota Kinabalu diberkati dengan Firman Tuhan pada musim yang Tuhan sudah tentukan ini.
Kebaktian pada 7hb-8hb September 2009 ini dianjurkan oleh Gereja Grace Assembly bersama dengan Persekutuan Pastor Kota Kinabalu (Eng, BM & Cina) bertempat di gereja Holy Seal 611 Bread Of Life, City Mall.
Umat Tuhan yang datang pada malam itu dicabar "Kita di berkati dengan negeri yang kaya dengan hasil bumi dan tanah yang luas, tetapi kenapa Sabah juga memiliki penduduk yang termiskin di Malaysia ini?" Ada sesuatu yang tidak kena. Umat Tuhan di cabar untuk berdoa dan bangkit dari 'tidur'. Inilah masanya untuk berubah! Inilah masanya untuk 'ambil alih'.
Negara kita Malaysia adalah negara 'Pelangi' yang diberkati Tuhan dan mempunyai kepelbagaian yang tidak terdapat di negara-negara lain. Kepelbagaian kaum, kepelbagaian dalam bahasa, kepelbagaian dalam jenis makanan (Tiada negara lain dalam dunia ini yang mempunyai tempat makan yang dibuka 24 jam sehari). Malaysia harus menggenapi destinasi profetiknya dikalangan bangsa-bangsa.
Pernyataan Profetik menentukan hala tuju bangsa-bangsa.
" Apabila engkau memutuskan berbuat sesuatu, maka akan tercapai maksudmu, dan cahaya terang menyinari jalan-jalanmu " Ayub 22:28 |
" You will make a decree, it will be established to you and the light will shine on your path." Job 22:28
Currently have 0 comments: