Latest News

Kebaktian Doa Gabungan Gereja BM Kota Kinabalu

Thursday, September 10, 2009 , Posted by secretary at 9:36 AM

Gereja Baptis Likas: Gereja-gereja BM Kota Kinabalu mengambil masa selama 3 malam berturut-turut untuk berdoa bersama untuk keluarga, bangsa, negeri dan negara Malaysia tercinta bermula pada 9hb-11hb September 2009.


Saya tidak dapat hadir pada malam gabungan doa yang pertama. Saya cuma hanya dapat datang pada malam yang kedua.

Suasana doa dapat di rasakan semasa saya memasuki gereja Likas Baptis dan kami dari Gereja Grace Assembly yang ditugaskan untuk melayani sebagai 'penyambut tetamu' dan 'pemunggut persembahan' mengambil posisi kami sejurus selepas sampai.

Bro Arifin dan kawan-kawan memimpin kami dalam pujian dan penyembahan pada malam itu.

Sesi Perkongsian yang pertama di ambil oleh Pastor Alex Buguk (Grace Assembly). Beliau mengongsikan mengenai 'kuasa hidup dan mati ada di lidah kita'. Sejak sekian lama bangsa kita, orang Asli Sabah telah banyak kali membuat pengistiharan yang menyebabkan kemunduran. Sudah tiba masanya untuk kita mengistiharkan 'hidup'! dan mengistiharkannya bagi bangsa kita.

Amsal 18:21. "Hidup dan mati dikuasai lidah, siapa suka menggemakannya, akan memakan buahnya"

Sesi perkongsian yang kedua diberikan kepada pastor Esther (maranatha, Pengerusi PFKKBM) di mana beliau mengongsikan mengenai pengertian dan maksud perkataan 'anak negeri' atau 'orang asli Sabah'. Selain dari itu, beliau juga mengongsikan bahan-bahan doa yang perlu diangkat kepada Tuhan.

Selepas itu, setiap orang diminta mencari 5 orang dan membentuk satu kumpulan untuk berdoa bagi hal yang sudah dikongsikan oleh Pastor Esther.

Kebaktian berakhir pada jam 10 malam.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment